Wednesday, 10 April 2013

Salam Perkenalan dari Gemilang Siswi

Salam 1 Malaysia & Salam Pengakap !!!
 "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap"

For you alls information, we're from Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia a.k.a KLKM who had been asked to create a blog to tells everyone about an interesting place in  Kedah as our last project for this semester. We choose Alor Setar as a place that would be promoted in this blog as we feel that Alor Setar has many interesting places to visited by tourists within from the country even from abroad...
Before that, we think we should start this blog with history about early organizations of scout a.k.a pengakap ...
Let's start with the first person that established this organization ...

Name : Robert Baden Powell
Occupation : Illustrator, Painter, Military Leader, Journalist
D.O.B : 22 February 1857
Death Of Date : 08 January 1941
Place Of Birth : London, England
Place Of Death : Nyeri, Kenya
Originally : Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
AKA : 1st Baron Baden-Powell



Kronologi penubuhan pasukan pengakap di setiap negeri


Pengakap wujud hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP , di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan dan aktiviti pengakap telah pun muncul di tanah air seawal tahun 1908 yang dianggotai oleh anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya, pergerakan pengakap telah tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.



NegeriTarikh
Pulau Pinang1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini di Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield
Perak1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka1926, dibawa oleh R Brunstone
Negeri Sembilan1926, juga oleh R. Brunstone
Terengganu1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara


Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Persekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya apabila Sabah dan Sarawak bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap di setiap negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964, Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini, Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional. 


Keahlian dan Peringkat Umur Pengakap

 "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap"


  • Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.
  • Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.
  • Pengakap Remaja atau Venture Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.
  • Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.










^_^








No comments:

Post a Comment

Assalamua'laikum.
Jangan lupa tinggalkan komen anda :D