Thursday, 11 April 2013

Pekan Rabu




Nama "Pekan Rabu" yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar Negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat di Kedah.

Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi para pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat jika tidak singgah atau membeli-belah di Kompleks Pekan Rabu

Lokasi Pekan Rabu dalam peta Alor Setar

Pekan Rabu versi "Lama"

Antara yang menarik tentang Pekan Rabu :

1) Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini

2) Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah, mantan Perdana Menteri tersebut tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu

3) Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap hari kali menyambut bulan puasa

4) Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya AidilFitri dan AidilAdha

5) Hari sabtu dan ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat sama ada pelawat tempatan mahupun dari luar negara

6) Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka












^_^






No comments:

Post a Comment

Assalamua'laikum.
Jangan lupa tinggalkan komen anda :D