Thursday, 11 April 2013

Balai Nobat



Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat Di Raja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara Di Raja seperti ucapan pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja.

Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai Muzik Nobat : satu bentuk lagu kebudayaan Negeri Kedah










^_^






Balai Besar



Fungsi asal Balai Besar adalah sebagai Balairong Seri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. 

Balai Besar dibina dengan gabungan keindahan seni bina dan mempamerkan kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu yang mengagumkan. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin dari China pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga hari ini.










^_^







Menara Alor Setar


Simbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni komunikasi adalah yang ke-19 tertinggi di dunia dan ke-2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dari jauh, reka bentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat.











^_^






Pekan Rabu




Nama "Pekan Rabu" yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar Negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat di Kedah.

Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi para pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat jika tidak singgah atau membeli-belah di Kompleks Pekan Rabu

Lokasi Pekan Rabu dalam peta Alor Setar

Pekan Rabu versi "Lama"

Antara yang menarik tentang Pekan Rabu :

1) Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini

2) Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah, mantan Perdana Menteri tersebut tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu

3) Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap hari kali menyambut bulan puasa

4) Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya AidilFitri dan AidilAdha

5) Hari sabtu dan ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat sama ada pelawat tempatan mahupun dari luar negara

6) Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka












^_^






Negeri Kedah Darul Aman



Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan Negeri Kedah adalah dianggarkan melebihi 9, 000 km yang meliputi tanah besar dan Langkawi. Sebahagian bentuk muka bumi di tanah besar Negeri Kedah adalah tanah rata yang amat sesuai untuk sawah padi. 

Manakala Pulau Langkawi pula adalah lebih berfungsi sebagai pulau pelancongan dan sebahagian besar kawasan pedalamannya (termasuk pulau-pulau sekelilingnya) adalah tidak berpenghuni.

Bendera Negeri Kedah Darul Aman

Jata Negeri Kedah Darul Aman

12 Daerah Di Negeri Kedah Darul Aman

Peta Negeri Kedah Darul Aman

Peta Alor Setar, Ibu Negeri Kedah Darul Aman










^_^





Wednesday, 10 April 2013

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

Carta oganisasi Majlis Pengakap Kebangsaan


Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua
Dato' Seri Paduka Dr Shafie Salleh





Naib Yang Dipertua
Dato' Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir




Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman





Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Dato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Datuk Awang Zainie bin Haji Suntim

Ketua Setiausaha Kerja
Mohd Zaki Nurud-din
Bendahari
Dato' Shahrum bin Osman
Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Eric Khoo Heng Peng
(Pesuruhjaya Antarabangsa)
Haji Abdul Shukor bin Mohsin
(Pesuruhjaya Latihan Negara)
Major Gen. Dato' Dr Mohd Zin bin Bidin (Kesihatan dan Bencana Alam)
Hj Zakran bin Abdul Manan (Pendaftaran & Keahlian)
Haji Radzwan bin Hussin (APR Liason Officer)
Nasaruddin bin Shamsuddin (Pembangunan Kepengakapan)
Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Sumber Dewasa)
Ir Ahmad Sabri bin Saad (Media & ICT)
Rajalingam a/l Ramasamy (Logistic)
Amir Hamzah bin Aman (Program)
Mohamad Zaki bin Mohd Yussof (Tugas-Tugas Khas)
Dr Noriati bt A. Rasid (Hal Ehwal Wanita)
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat
Haji Mohd Noor bin Haji Kassim (Pengakap Khas)
Khoo Hock Hoi (Pengakap Kanak-kanak)
Lt. Kol Ramli bin Shuhaimi (Pengakap Muda)
Ahmad Tajuddin bin Md Salleh (Pengakap Kelana)
Khamaruzaman bin Samsudin (Pengakap Laut)
Anamuthu Samuel (Pengakap Udara)
Chan Ah Sang (Unit Antarabangsa)
P S Maniam (Tugas-tugas Khas)
Mohamad Musa bin Sulaiman (Tugas-tugas Khas)































Setiausaha Kerja Latihan
Jawatan Kosong






Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hierarki. Yang tertinggi ialah majlis di peringkat kebangsaan kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah

Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.



Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri
NegeriPesuruhjaya Negeri/Ketua Pesuruhjaya
JohorHaji Yaacob bin Abdul Karim
KedahHaji Ismail bin Ku Ishak
KelantanHaji Anwar bin Abdul Rahman
MelakaEn. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif
Negeri SembilanHamdan bin Haji Mohd Nor
PahangDato' Haji Lias bin Mohd Nor
PerakHaji Ahmad Azam bin Abdul Majid
PerlisHaji Rahim bin Mohamed
Pulau PinangHaji Zulkafli bin Kamarudddin
SabahDatuk Haji Awang Zainie bin Haji Suntim
SelangorHaji Ishak bin Mohd Jonid
SarawakTBA
TerengganuHaji Che Soh bin Muda
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurTBA
Wilayah Persekutuan LabuanHong Heng Chee
Kumpulan Latihan Malaysia (KLM)Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)Haji Rosdi bin A Rahman









^_^






Salam Perkenalan dari Gemilang Siswi

Salam 1 Malaysia & Salam Pengakap !!!
 "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap"

For you alls information, we're from Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia a.k.a KLKM who had been asked to create a blog to tells everyone about an interesting place in  Kedah as our last project for this semester. We choose Alor Setar as a place that would be promoted in this blog as we feel that Alor Setar has many interesting places to visited by tourists within from the country even from abroad...
Before that, we think we should start this blog with history about early organizations of scout a.k.a pengakap ...
Let's start with the first person that established this organization ...

Name : Robert Baden Powell
Occupation : Illustrator, Painter, Military Leader, Journalist
D.O.B : 22 February 1857
Death Of Date : 08 January 1941
Place Of Birth : London, England
Place Of Death : Nyeri, Kenya
Originally : Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
AKA : 1st Baron Baden-Powell



Kronologi penubuhan pasukan pengakap di setiap negeri


Pengakap wujud hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP , di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan dan aktiviti pengakap telah pun muncul di tanah air seawal tahun 1908 yang dianggotai oleh anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya, pergerakan pengakap telah tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.



NegeriTarikh
Pulau Pinang1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini di Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield
Perak1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka1926, dibawa oleh R Brunstone
Negeri Sembilan1926, juga oleh R. Brunstone
Terengganu1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara


Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Persekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya apabila Sabah dan Sarawak bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap di setiap negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964, Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini, Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional. 


Keahlian dan Peringkat Umur Pengakap

 "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap"


  • Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.
  • Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.
  • Pengakap Remaja atau Venture Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.
  • Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.










^_^