
Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat Di Raja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara Di Raja seperti ucapan pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja.
Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai Muzik Nobat : satu bentuk lagu kebudayaan Negeri Kedah
^_^